DASAR KESELAMATAN

Tarikh dikemaskini : 09 September 2025

Izida Taiping Physiotherapy komited memastikan keselamatan pesakit, data dan kakitangan sepanjang pelaksanaan perkhidmatan fisioterapi rumah ke rumah.

1. Keselamatan Data & Maklumat

Semua maklumat pesakit disimpan dalam sistem selamat dan sulit.
Rekod tidak akan ditinggalkan di lokasi rawatan.
Peranti mudah alih yang digunakan dilindungi kata laluan & sistem sekuriti.

2. Keselamatan Perkhidmatan Mobile Physio

Fisioterapi dijalankan di rumah pesakit dalam suasana selamat & profesional.
Peralatan mudah alih dibawa dengan kawalan kebersihan ketat.
Pesakit akan diberi penerangan jelas sebelum rawatan dimulakan.

3. Keselamatan Pesakit

Rawatan hanya dilakukan oleh fisioterapis bertauliah.
Standard kebersihan (hand sanitizer, sarung tangan, mask jika perlu) dipatuhi.
Pesakit digalakkan menyediakan ruang rawatan yang selesa & selamat.

4. Keselamatan Kakitangan

Kakitangan dilatih untuk menjaga keselamatan diri semasa bertugas di rumah pesakit.
Protokol pengesahan lokasi & pesakit dipatuhi sebelum rawatan.
Amalan ergonomik diamalkan bagi mengelakkan kecederaan kerja.

5. Prosedur Kecemasan

Kakitangan bersedia untuk menghubungi hospital atau perkhidmatan kecemasan jika pesakit mengalami keadaan kritikal semasa rawatan.
Senarai nombor kecemasan (ambulans, hospital terdekat) sentiasa tersedia.

IZIDA PHYSIO

Hakcipta Terpelihara © 2025 Izida Taiping Physiotherapy (002976881-W)
Dibina oleh EZ Optimal Tech.